Location of SAS
Vision / Visi
SMK St. Anthony Mencapai Tahap Sekolah Kluster Cemerlang Menjelang Tahun 2013
Mission / Misi
Beriltizam menyediakan mutu pendidikan yang berkualiti dan persekitaran yang harmonis, selamat dan kondusif ke arah menjayakan proses kemenjadian murid yang kamil berlandaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Motto / Moto
"Non Scholae Sed Vitae" - "Education Is For Life"
Slogan
Strive For Excellence
Objektif-objektif
Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah, kami warga SAS dengan penuh iltizam mencapai objektif-objektif sekolah seperti berikut:
1.) Cemerlang dalam Akademik
- Mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam semua peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) dari segi peratus kelulusan, Gred Purata Sekolah (GPS) dan juga bilangan pelajar yang berjaya masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
2.) Cemerlang dalam Kokurikulum / Aktiviti Sokongan Kurikulum
- Mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan sukan / permainan dan aktiviti sokongan kurikulum yang terpilih dalam projek BITARA kokurikulum sekolah dalam acara individu atau berpasukan di peringkat bahagian. Memperoleh tempat pertama, kedua atau ketiga dalam sekurang-kurangnya 3 pertandingan sukan / permainan atau aktiviti sokongan kurikulum di peringkat negeri mahupun kebangsaan pada setiap tahun.
3.) Cemerlang dalam Displin / Sahsiah
- Guru / staf menjadi teladan atau 'role model', patuh kepada etika kerja serta mengamalkan budaya kerja yang cemerlang. Para murid mempunyai sahsiah dan adab yang mulia (bersopan santun / patuh kepada peraturan sekolah) dan sentiasa berpegang teguh kepada amalan berbudi bahasa dan ajaran agama.
4.) Cemerlang dalam 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
- Sekolah sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, kondusif dan selamat pada setiap masa. Menjadi sebuah sekolah yang harmonis, mesra alam dan bebas daripada penyakit berjangkit, keracunan makanan, ancaman dalaman atau luaran. Warga sekolah cergas dan sihat dari segi fizikal dan mental. Sekolah mencapai Anugerah 3K peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2011.
5.) Menjadi sebuah Institusi Pendidikan yang Dinamik dan Progresif
- Warga SAS sentiasa mengamalkan budaya "kaizen" (penambahbaikan secara berterusan) dalam semua kerja dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja yang tinggi serta berusaha meningkatkan kecekapan dan ketrampilan diri melalui latihan / kursus / perkongsian pintar / bengkel / forum / penyelidikan / pembacaan / "benchmarking" ke aras pendidikan seumur hidup (non scholae sed vitae)
6.) Bersemangat Patriotik dan Bersatu Padu
- Warga SAS bersemangat patriotik, cinta akan negara dan sekolah serta bersikap toleransi, bersatu padu dan saling menghormati. Warga SAS juga dapat menerima secara menyeluruh terhadap perbezaan agama, bangsa dan budaya selaras dengan konsep 1 Malaysia melalui perlaksanaan pelbagai program / aktiviti seperti RIMUP, sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, sambutan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Gawai Dayak, perayaan Hari Raya Aildilfitri dan perhimpunan sekolah.
School Crest
Book
Learning and knowledge which the school is to provide, and students should acquire and excel in academic.
Symbolic of the school’s pursuit of learning and academic excellence
Torch
Symbolic of every SAS citizens's strength, fortitude and determined purpose in achieving excellent in all aspects.
Science Apparatus
Symbolic of school emphasizes on development of Science and Technologies.
SAS Rally
SEKOLAHKU SMB ST ANTHONY,
PENDIDIK PUTERA PUTERI BANGSA,
PEMBENTUK JIWA ANAK PERTIWI,
PENDUKUNG CITA-CITA NEGARA.
MARI KITA CARI PENGATAHUAN,
BERDISPLIN, BERSOPAN SANTUN,
KUATKAN JASMANI, TEGUHKAN ROHANI,
SEMUA HIDUP DENGAN HARMONI.
KAMI BERIKRAR TAAT SETIA,
DEMI SEKOLAH YANG TERCINTA
Dicipta oleh: Michael Wong Toh Huong
Diubahsuai oleh: Lee Shuan Hie
Lirik Oleh: Wong Tok Hua